Statements

Official Letter: Temiar Orang Asli Situation

*This letter was initially posted on our Facebook page on 9th December 2016*
NOTE: An email to the Kelantan State Government’s general portal has been sent and a printed letter shall be posted in the next few days. Do inform us if you have the official email address of any of the parties addressed below.

VERSI BAHASA MALAYSIA

Yang Berhormat Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan,
Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Amar bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli Negeri Kelantan,
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI,
BLOK 2, TINGKAT 2, Kota Darul Naim
15503 Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia.
_____________________________________________________________
Tan Ian, Presiden,
Kesatuan Penuntut Undang-Undang Malaysia.                            7th December 2016.
Tuan,
KEBIMBANGAN SERTA KETIDAKPUASAN HATI ATAS AKTIVITI PEMBALAKAN DI TANAH ORANG ASLI TEMIAR
Merujuk kepada perkara di atas, kami, Kesatuan Penuntut Undang-undang Malaysia (KPUM), ingin menyatakan kebimbangan serta ketidakpuasan hati kami terhadap Kerajaan Negeri Kelantan dan pihak lain yang menyokong kemusnahan hutan hujan tropika di negeri Kelantan oleh syarikat pembalakan semata-mata untuk mendapat keuntungan tanpa mempedulikan hak- hak Orang Asli Temiar yang sudah lama menetap di sana.
2. Kehidupan mereka diancam oleh aktiviti pembalakan yang dijalankan kerana lebih daripada 50% tanah nenek moyang mereka telah diteroka untuk penanaman pokok kelapa sawit atau pembukaan tapak ladang getah. Orang Asli Temiar yang tidak mendapat sebarang pampasan, sedang menghadapi tekanan besar untuk berpindah dari tanah kediaman mereka yang telah diwarisi turun-temurun.
3. Dalam Perkara 8 (5) (c) Perlembagaan Persekutuan, kedudukan istimewa Orang Asli Temiar telah diberi pengiktirafan penuh dengan kenyataan bahawa mana-mana peruntukan yang menjamin perlindungan, kesentosaan atau kemajuan bangsa orang asli di Tanah Melayu tidak akan dilarang atau dijadikan tidak sah. Mahkamah-mahkamah di Malaysia telah lama mengesahkan hak mereka sejak tahun 1997. Oleh sebab itu, tanah Orang Asli Temiar perlu diakui sebagai tanah adat yang layak dilindungi.
4. Dalam hal pengiktirafan Orang Asli dan tanah sumber kawasan Sabah dan Sarawak, Majlis Peguam Malaysia telah menggesa Kerajaan Persekutuan untuk bertindak dengan segera atas keputusannya pada bulan Jun 2015 untuk melaksanakan 18 cadangan yang terkandung dalam Laporan Inkuiri Nasional dalam Hak Tanah Orang Peribumi di Malaysia 2013 oleh SUHAKAM dengan mengambil kira enam isu utama, iaitu:
  1. Mengiktiraf Hak Tanah Adat Peribumi
  2. Menyelesaikan isu kehilangan tanah
  3. Menangani isu-isu pembangunan tanah / ketidakseimbangan
  4. Menghalang kehilangan lebih tanah adat Orang Peribumi
  5. Menangani isu-isu pentadbiran tanah
  6. Mengiktiraf bahawa tanah merupakan pusat Identiti Orang Peribumi
5. Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Peribumi 2007 (UNDRIP), yang telah diterapkan oleh kerajaan Malaysia, merupakan instrumen antarabangsa yang menekankan kepentingan hak- hak “yang dijadikan darjah minimum untuk kewujudan, martabat dan kesejahteraan orang asal sedunia “. Berikut ialah artikel berkaitan yang perlu diambil kira:
  • Perkara 1 mengisytiharkan bahawa “Orang asal mempunyai hak untuk menikmati sepenuhnya, sebagai kolektif atau sebagai individu, semua hak asasi manusia dan kebebasan asasi seperti yang diiktiraf dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. “
  • Perkara 3 mengiktiraf hak Orang Asal untuk menentukan status politik mereka dan mengejar pembangunan ekonomi, sosial dan budaya mereka secara bebas. “
  • Perkara 5 sahkan hak mereka “untuk mengekalkan dan mengukuhkan institusi politik, undang- undang, ekonomi, sosial dan budaya mereka yang tersendiri.”
  • Perkara 26 melindungi hak mereka “dalam tanah, wilayah dan sumber-sumber yang dimiliki, diduduki atau sebaliknya digunakan atau diperolehi melalui tradisi mereka,” di mana jelas dinyatakan dalam perkara tersebut bahawa pengiktirafan undang-undang perlu ada untuk tanah, wilayah dan sumber-sumber tersebut.
6. Kami ingin mengulangi sekali lagi bahawa kerajaan Malaysia telah menerapkan deklarasi ini dan apa-apa pembangunan di atas tanah adat Orang Asal mesti mematuhi prinsip “kebenaran bebas yang dimaklumkan terlebih dahulu” seperti yang ditetapkan oleh UNDRIP.
7. Kemusnahan tanah Orang Asli Temiar demi keuntungan jangka pendek akan membawa berbagai-bagai kesan buruk dan kami menggesa Kerajaan Negeri Kelantan untuk segera menghentikan semua aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan. Hak undang-undang Orang Asli Temiar bukan sahaja perlu diiktiraf sekarang tetapi juga perlu dihormati.
Yang ikhlas,
Kesatuan Penuntut Undang-undang Malaysia (KPUM)

ENGLISH VERSION

 
Yang Berhormat Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Ab Rahman, Chairman of the Kelantan State Committee on Culture, Tourism and Heritage,
Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Amar bin Abdullah, Chairman of the Kelantan State Committee on Regional Development, Construction, Investment and Natural Resources,
OFFICE OF THE SECRETARY OF STATE
BLOCK 2, LEVEL 2, Kota Darul Naim
15503 Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia.
_____________________________________________________
Tan Ian
President
United Kingdom & Eire Malaysian Law Students’ Union.                         7th December 2016.
Dear Sir(s),
CONCERN AND OUTRAGE OVER LOGGING ACTIVITIES ON TEMIAR ORANG ASLI LAND
Referring to the title above, we, the United Kingdom and Eire Malaysian Law Students’ Union (KPUM), are writing to express our concern and outrage that the Kelantan State Government, amongst others, are supporting logging companies to further destroy the Kelantan rainforest which has been home of the Temiar Orang Asli, in the name of profit.
2. The lives of many Temiar Orang Asli are in threat as over 50% of their ancestral land has been cut down to mono-culture oil palm trees or rubber plantations in which the Temiar Orang Asli get absolutely nothing out of the profits, pushing them to the edge where they have to struggle with the risk of having to be moved off from their land that they have inhabited for generations.
3. In Article 8(5)(c) of the Federal Constitution, it is clear that the Temiar Orang Asli are given utmost recognition and acknowledgement in their special position where it states that any provision for the protection, well-being or advancement of the aboriginal peoples of the Malay Peninsula will not be prohibited and invalidated. The Malaysian superior courts have reaffirmed these rights since the year of 1997 and for that reason, the lands of the Temiar Orang Asli should be accepted as native customary lands and therefore deserving of protection.
4. For the recognition of Orang Asli and Sabah and Sarawak native land and resource areas, the Malaysian Bar also urges the Federal Government to immediately act upon its decision in June 2015 to implement the 18 recommendations contained in the 2013 SUHAKAM Report of the National Inquiry into the Land Rights of Indigenous Peoples in Malaysia with regard to six main issues as follows:
  1. Recognise Indigenous Customary Rights to Land
  2. Remedy for land loss
  3. Address land development issues/imbalances
  4. Prevent future loss of native customary land of the Indigenous Peoples
  5. Handle land administration issues
  6. Recognise land as the Central to Indigenous Peoples’ Identity
5. The United Nations Declaration on the Rights of Indigenous People 2007 (UNDRIP), for which the Malaysian government voted in favour, is an international instrument adopted by the United Nations to emphasize on the rights that “constitute the minimum standards for the survival, dignity and well-being of the indigenous peoples of the world”. Below are the relevant Articles that should be taken into account significantly:
  • Article 1 declares that “Indigenous peoples have the right to the full enjoyment, as a collective or as individuals, of all human rights and fundamental freedoms as recognized in the Charter of the United Nations, the Universal Declaration of Human Rights and international human rights law.”
  • Article 3 recognizes Indigenous peoples’ right to ‘freely determine their political status and freely pursue their economic, social and cultural development.”
  • Article 5 affirms their right “to maintain and strengthen their distinct political, legal, economic, social and cultural institutions.”
  • Article 26 protects their right “to the lands, territories and resources which they have traditionally owned, occupied or otherwise used or acquired,” in which it expressly states that legal recognition to these territories should be given.
6. It should be reiterated once again that the Malaysian government voted in favour for the Declaration and any development on native customary lands must conform to the principle of “free, prior and informed consent” as laid down by the UNDRIP.
7. This despicable destruction of the land of the Temiar Orang Asli for short-term profit will cause all kinds of devastating effects from different aspects and we hereby urge you to immediately halt all logging activities in the relevant areas. It is time not only for the legal rights of the Temiar Orang Asli be recognized but also be respected by the nation.
Yours sincerely,
United Kingdom and Eire Malaysian Law Students’ Union (KPUM)

Leave your opinion

comments